Assalamualaikum dan salam sejahtera...Terima Kasih kerana melayari laman web SK Tok Khalifah...

Halaman Utama

Thursday, January 20, 2011

Selamat Menjalankan tanggungjawab dengan baik



Penyampaian dan penyerahan watikah perlantikan sebagai pengawas sekolah, pustakawan dan brigde siber sekolah pada 17 januari 2011.Ia suatu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Semoga dengan perlantikan tersebut dapat memberi pengalaman dan ilmu yang berguna.Tahniah.

Sunday, January 16, 2011

Minggu PMD (Program Maju Diri ) 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu Program Maju Diri Menjadi tradisi wajib bagi setiap tahun. Oleh itu SKTK Juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan program ini demi kemajuan dan kejayaan murid-murid SKTK.
Program ini dilaksanakan pada 11, 12, 13 dan 14 januari 2011. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan dalam menimba ilmu dan teknik pembelajaran yang berkesan bagi memudahkan proses pembelajaran di sekolah mahupun di rumah. Semoga dengan kesungguhan dan kegigihan guru-guru yang terus menerus mencurahkan ilmu dalam program ini, dapat memberi kesan yang positif dan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Tahniah dan syabas kepada semua guru SKTK. Maju Diri, Maju Bangsa, Maju Negara.
Sekian.....

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Kembali ke sekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sk tok khalifah. Sessi persekolahan bagi tahun 2011 akan bermula pada 3 januari 2011. Semoga tahun baru 2011 akan melahirkan keazaman yang baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan prestasi murid ke arah yang lebih baik.

Tuesday, October 12, 2010

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR




Majlis persaraan guru besar telah diadakan pada 30 september 2010.Setelah beliau menjadi guru besar di Sk tok khalifah selama 2 tahun 10 bulan. Semoga beliau mendapat kesihatan dan diberi kelapangan dihari mendatang. JASAMU DIKENANG,

Sunday, August 15, 2010

Thursday, May 27, 2010

Maksud Logo SKTK

BELAJAR, BERJAYA, BERUSAHA


MAKSUD : WARNA


Kuning

+ Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


Merah

+ Berani menempuh segala cabaran dalam menimba ilmu pengetahuan


Biru

+ Sentiasa memupuk rasa kemesraan dan keharmonian dikalangan guru, kakitangan sokongan, pelajar dan masyarakat setempat



MAKSUD : LAMBANG



Obor

+ Penyuluh semangat untuk Berjaya


Buku

+ Menimba ilmu pengetahuan menjadi matlamat utama


Padi

+ Melambangkan persekitaran sekolah adalah kawasan pertanian


Lima Gelung

+ Menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi






Monday, May 24, 2010

Sambutan hari guru 2010



Selamat hari Guru kepada semua guru-guru SKTK..Jasa Mu Dikenang..

17 mei 2010

Lokasi Dalam Peta Online


View SK Tok Khalifah in a larger map