Halaman Utama
Showing posts with label by Sifu. Show all posts
Showing posts with label by Sifu. Show all posts
Wednesday, March 9, 2011
Perlawan Persahabatan Antara SKTK vs SKDL
Perlawanan persahabatan Bola baling antara SKTK dan SKDL yang berlangsung pada 9/3/2011 telah berlangsung dengan jayanya. walau pun keadaan hujan dan padang yang basah. semangat kesukanan yang di tunjukkan amat membanggakan. Perlawanan ini diadakan bertujuan menjalinkan dan merapatkan hubungan antara dua sekolah sambil mengasah kemahiran pemain menjelang perlawanan peringkat daerah sabak bernam.
Menang atau kalah bukanlah ukuran, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan dan pengalaman yang ditimba antara dua pihak amat bermakna. Perlawanan tersebut berakhir pada jam 5.30 petang dan keputusan perlawanan adalah SKTK 8 SKDL 2 (L) SKTK 1 SKDL 0 (P).Tahniah atas kejayaan dan kesungguhan pemain-pemain. Maju sukan untuk negara.
Monday, March 7, 2011
Mesin Fotostat Baru...Terima Kasih Sekalung Budi
Sekolah kebangsaan Tok Khalifah telah menerima mesin fotostat baru sumbangan daripada YB Noriah bt Kasnon yang telah diusahakan oleh mantan GB sk tok khalifah Tn. Hj Ahmad Yusak bin tukiman. Mesin fotostat tersebut diserahkan pada majlis mesyuarat PIBG kali Ke-37 yang dirasmikan oleh Yang berhormat dan diterima oleh yang berusaha En. Kamal b. Abdul Hamid Guru Besar Sk Tok Khalifah. Pihak Sekolah dan seluruh warga SKTK mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tersebut dan akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam usaha meningkatkan qualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya meningkatkan infrastruktur sekolah kearah yang lebih baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lokasi Dalam Peta Online
View SK Tok Khalifah in a larger map


