Assalamualaikum dan salam sejahtera...Terima Kasih kerana melayari laman web SK Tok Khalifah...

Halaman Utama

Tuesday, April 13, 2010

Perlawanan Sepak Takraw Daerah Sabak Bernam (MSS)



Tahniah kepada Murid-murid yang terpilih ke perlawanan Sepak Takraw sekolah-sekolah daerah sabak bernam.Perlawanan akan diadakan pada 19&20 April 2010 di SMK Ungku Aziz sabak bernam.Doa dan harapan Semua warga Sk Tok Khalifah, semoga segala usaha dan latihan yang gigih membuahkan kejayaan dan menaikkan nama sekolah.

Thursday, April 8, 2010

j-Qaf Menbina generasi Rabbani

Assalamualaikum w.b.t

Program j-qaf adalah satu program yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah yang melibatkan murid tahun 1 hingga 6. Ia bukanlah suatu yang baru tetapi ia kearah memperkasakan Kemahiran JAWI,QURAN,B.ARAB Dan FARDHU AIN (j-QAF). Selain itu ia juga ditambah dengan satu program memperkasakan solat (Kem Bestari Solat (KBS) ) Kem ini diadakan 4 kali dalam setahun. Ia merangkumi semua aspek tentang solat bermula daru Wudhuk. Program ini diadakan dalam sukatan berperingkat dalam satu Kem yang melibatkan semua tahun. Semoga dengan adanya program ini dapat mendidik jiwa anak-anak generasi menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat.

Wednesday, April 7, 2010

Lokasi Kami


Selamat datang ke lokasi kami SK Tok Khalifah






Plan Sekolah



Pelan Bangunan SK Tok Khalifah


Dari Lapangan Ko-kurikulum

VISI KOKURIKULUM

”MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERTANGGUNGJAWAB,
BERDISIPLIN DAN BERDAYA MAJU



MISI:

1. Membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap optimum.

2. Membimbing murid supaya dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah.

3. Meningkatkan keseimbangan perkembangan mental, sosial, jasmani, rohani, minat dan bakat.

4. Melatih murid agar mempunyai sifat berdikari dan boleh menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

5. Mengukuhkan interaksi dan integrasi dikalangan murid.

6. Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

Dari Meja HEM

VISI

Memenuhi keperluan insan dalam aspek Jasmani dan Rohani bagi melahirkan murid yang berkeperibadian tinggi

MISI

1. Membantu dan menyokong Unit Kurikulum supaya dapat menjadikan sekolah ini terbaik di daerah Sabak Bernam dalam UPSR.

2. Membentuk dan mendidik serta melahirkan pelajar berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan dan bersahsiah tinggi, dedikasi dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan sekolah serta TIADA terlibat dengan jenayah

3. Menjadikan semua bilik-bilik darjah, bangunan sekolah dan persekitarannya bersih, ceria, hijau, kondusif dan selamat

4. Menyediakan suasana kerja dan pembelajaran yang konduksif bagi staf, guru dan pelajar

5. Meningkatkan hubungan kekeluargaan, kerjasama dan sikap saling menghormati sesama warga sekolah

6. Mewujudkan budaya permuafakatan dengan masyarakat sekeliling dan agensi luar

7. Memastikan kebajikan para pelajar supaya dapat meneruskan persekolahan mereka.

Laman Akademik

STRATEGI KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK
( UPSR 2010 )


1. STRATEGI JANGKA PENDEK

1.1 Mengadakan kelas bimbingan pada hari Sabtu dan cuti sekolah
1.2 Menubuhkan klinik UPSR
1.3 Mewujudkan program anak angkat
1.4 Ujian bulanan
1.5 Kem motivasi – penekanan kepada teknik menjawab soalan
1.6 Motivasi yang berterusan daripada guru pembimbing, guru besar, guru penolong kanan dan guru matapelajaran.
1.7 Latihan intensif dan latih tubi yang berterusan.
1.8 Pelapuran rekod prestasi bulanan dihantar setiap bulan kepada ibubapa/penjaga serta ditandatangani.
1.9 Perjumpaan dengan ibubapa/penjaga
1.10 Berkongsi bank soalan dengan sekolah-sekolah lain di dalam dan luar daerah/negeri.
1.11 Lawatan ke Institusi Pengajian Tinggi dan Pusat Penyelidikan
1.12 Majlis Restu oleh PIBG


2. STRATEGI JANGKA SEDERHANA

2.1 Mengenalpasti kekuatan dan kemahiran guru-guru untuk diberi tugasan
2.2 Mewujudkan sudut matapelajaran dengan kegiatan yang terancang
2.3 Mengadakan kuiz terbuka untuk setiap matapelajaran
2.4 Penggunaan sepenuhnya kemudahan yang ada di Pusat Sumber Sekolah
2.5 Mengadakan kerja rumah yang terancang
2.6 Galakan membaca oleh Pusat Sumber Sekolah
2.7 Sentiasa rujuk dengan kamus samada Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris
2.8 Menyediakan hadiah-hadiah galakan


3. STRATEGI JANGKA PANJANG

3.1 Mengenalpasti murid yang bermasalah
3.2 Mengadakan kelas pemulihan
3.3 Mengadakan jadual waktu anjal
3.4 Penyusunan guru-guru kelas dan matapelajaran mengikut kekuatan masing-masing
3.5 Manfaatkan sepenuhnya program guru pembimbing
3.6 Memperkayakan buku latihan dan bahan rujukan
3.7 Menggredkan kelas bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran
3.8 Melaksanakan program bijak sifir dan ratap sifir

Lokasi Dalam Peta Online


View SK Tok Khalifah in a larger map