Assalamualaikum dan salam sejahtera...Terima Kasih kerana melayari laman web SK Tok Khalifah...

Halaman Utama

Tuesday, July 17, 2012

Sukan Tahunan SKTK

Hari : Ahad 7.30 am - 12.30 pm
Tarikh : 24 Jun 2012
Tempat : Padang Sek. Keb. Tok Khalifah.
Anjuran : Unit Kokurikulum SKTK

Sunday, July 15, 2012

harap maaf ..laman web kami sedang di selenggara.. segala kesulitan  amat dikesali.

Friday, April 1, 2011

taklimat kesedaran dadah

Sk Tok Khalifah telah melaksanakan program kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sungai besar. Program ini melibatkan semua murid dan guru-guru Sk tok Khalifah. Dengan berlangsungnya program ini, murid-murid khususnya dapat pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan secara langsung dapat menjauhkan diri dari aktiviti-aktiviti negatif yang merosakkan diri. Program bermula 4.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang.

Wednesday, March 9, 2011

Perlawan Persahabatan Antara SKTK vs SKDL


Perlawanan persahabatan Bola baling antara SKTK dan SKDL yang berlangsung pada 9/3/2011 telah berlangsung dengan jayanya. walau pun keadaan hujan dan padang yang basah. semangat kesukanan yang di tunjukkan amat membanggakan. Perlawanan ini diadakan bertujuan menjalinkan dan merapatkan hubungan antara dua sekolah sambil mengasah kemahiran pemain menjelang perlawanan peringkat daerah sabak bernam.
Menang atau kalah bukanlah ukuran, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan dan pengalaman yang ditimba antara dua pihak amat bermakna. Perlawanan tersebut berakhir pada jam 5.30 petang dan keputusan perlawanan adalah SKTK 8 SKDL 2 (L) SKTK 1 SKDL 0 (P).Tahniah atas kejayaan dan kesungguhan pemain-pemain.  Maju sukan untuk negara.

Monday, March 7, 2011

Majlis Pelancaran Program Anti Dadah Peringkat Sekolah 2011


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BULAN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2011
Tarikh : 7 Mac 2011
Hari    :  Isnin
Masa  : 7.30 - 8.05 pagi
Tempat :  Dataran Sekolah SKTK
Anjuran :  UNIT PPDa DENGAN KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM.

Program ini bermatlamat melahirkan murid  sekolah rendah yang mempunyai kesedaran tentang bahaya dadah dan mempunyai gaya hidup yang sihat.

Objektif :
  1. Memberi pendedahan pada murid tentang risiko bahaya dadah
  2. Murid dapat mengenal punca penagihan dadah
  3. Murid dapat menjauhkan diri dari terjerumus  dengan dadah
  4. Murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat.
Kumpulan sasaran adalah semua murid dan warga SKTK .

Mesin Fotostat Baru...Terima Kasih Sekalung Budi



Sekolah kebangsaan Tok Khalifah telah menerima mesin fotostat baru sumbangan daripada YB Noriah bt Kasnon yang telah diusahakan oleh mantan GB sk tok khalifah Tn. Hj Ahmad Yusak bin tukiman. Mesin fotostat tersebut diserahkan pada majlis mesyuarat PIBG kali Ke-37 yang dirasmikan oleh Yang berhormat dan diterima oleh yang berusaha En. Kamal b. Abdul Hamid Guru Besar Sk Tok Khalifah. Pihak Sekolah dan seluruh warga SKTK mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tersebut dan akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam usaha meningkatkan qualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya meningkatkan infrastruktur sekolah kearah yang lebih baik.

Mesyuarat Agung PIBG 2011



Mesyuarat PIBG kali ke-37 telah dijalankan pada 3 mac 2011 bertempat di dewan Sk Tok Khalifah. Majlis ini dirasmikan oleh YB Noriah Binti Kasnon sms,pjk Timbalan menteri tenaga, Teknologi Hijau dan air merangkap ahli parlimen Sungai Besar. Majlis ini berlangsung pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Segala agenda dapat berjalan dengan lancar dan teratur mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan kesepakatan yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat PIBG kali ke-37 ini.

Lokasi Dalam Peta Online


View SK Tok Khalifah in a larger map